Make your own free website on Tripod.com

Sekapur sirih daripada pengarah IPRM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme yang telah berjaya membangunkan laman web ini. Sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun dalam sejarah Institut Perguruan Raja Melewar, saya amat berbangga dengan kemajuan ini.

 

Sebagai sebuah institut pendidikan guru, kita harus peka dengan kepentingan penyelidikan terhadap mutu kerja kita. Hasil penyelidikan boleh dijadikan asas untuk membuat pertimbangan dan keputusan yang baik. Aplikasi hasil penyelidikan pasti dapat membawa perubahan dan perkembangan yang positif. Selaras dengan itu, kita perlu memanfaatkan dapatan-dapatan daripada pelbagai penyelidikan yang telah dilaksanakan. Dalam kata lain, pembangunan profesionalisme para pendidik boleh digiatkan lagi berdasarkan penyelidikan yang telah dihasilkan. Dengan itu, saya menyeru semua warga IPRM agar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti penyelidikan dan perkembangan profesionalisme IPRM.

 

Dengan pembangunan laman web ini, komunikasi dipercepatkan. Kita dimaklumkan dengan perkembangan terkini dalam bidang penyelidikan dan pembangunan profesionalisme. Laman Web ini berfungsi sebagai satu saluran untuk para pengkaji berkongsi hasil dapatan kajian. Mudah-mudahan dengan adanya laman web ini, visi Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme untuk memperkasakan penyelidikan sebagai budaya kerja para warga IPRM dapat direalisasikan. Akhir kata, saya berharap agar tugas penyelidikan dijadikan sebagai satu amalan yang menarik lagi menyeronokkan.

 

Sekian dan selamat maju jaya.

 

HAJI  MOHD KHARUDIN BIN DATO’ HAJI ZAKARIA
Pengarah
Institut Perguruan Raja Melewar

.

Disclaimer/penafian: The webmaster shall not be responsible for any damage caused for the use of materials from this site.